

Program Projek Kongsi Rumah
Program Kongsi Rumah merupakan satu program dimana kami memberi pilihan kepada semua rakan-rakan yang tidak mampu memiliki rumah burung secara perseorangan.Memandangkan terdapat begitu banyak permintaan setiap hari agar kami membuka satu program yang mana dapat memberi peluang kepada semua yang berminat agar dapat berkongsi dibawah satu bumbung.Sebenarnya Mecten Sales & Services sudah merancang menjalankan projek ini dari awal tahun 2009 lagi namun disebabkan kami mahu menjalankan secara yang terbaik serta tidak menyalahi undang-undang, pelbagai perkara perlu diambil kira. Setelah segalanya di kenalpasti maka dengan ini saya menjemput semua yang berminat agar menyertai Program Projek Kongsi Rumah secara bijak ini.
Konsep projek ini:
1. Perkongsian diantara anda dan kami dimana anda memiliki 70% dan kami 30% unit pemilikan.
2. Ianya adalah Joint Venture Projek.
3. Kami akan menguruskan pembinaan, penyelenggaraan sehingga kepada kutipan hasil setiap bulan.
4. Anda akan mengeluarkan modal dan kami sebagai penasihat dan kontraktor yang menjalankannya.
5. Tanah akan disediakan oleh pihak kami dan tiada sebarang sewaan dikenakan.
6.Perjanjian sehingga 35 tahun.
7. Setiap penyertaan akan disertakan dengan surat perjanjian peguam.
8. Setiap rumah akan dipecahkan kepada 100 unit pemilikan.
HARGA RUMAH: RM 270,000.00Pecahan 100 unit = 1 unit bersamaan RM 2700Tiada sewa tanah dikenakan.Hasil sehingga 35 tahun.
Contoh unit pemilikan:
Rumah burung yang akan dibina adalah berharga RM 270ribu. Saiz 20' X 80' X 2 tingkat. Setiap unit bernilai RM 2700. Tiada sewaan tanah dan sebagainya.Jangkaan pulangan bagi rumah begini apabila mencapai tahap maksimum adalah dari RM 60 ribu ke 70 ribu sebulan.
Sebagai contoh: Jika rumah menghasilkan RM 60ribu sebulan. 30% akan ditolak untuk kami dan anda memiliki 70%. Ini bermakna RM 42000 adalah bahagian anda.RM42000 tersebut akan dibahagikan kepada 100 unit pemilikan. Ini menjadikan setiap unit akan mendapat RM420 sebulan. Jika anda memiliki 1 unit anda berhak mendapat RM 420 sebulan. Jika anda memilki 10 lot anda akan berjaya mendapat RM 4200 sebulan.Ini semua adalah pengiraan jangkaan sahaja.
No comments:
Post a Comment